Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

February 25, 2011

Discount 50%

Pada suatu hari, mystery ada terdengar tentang sebuah kata-kata. Kata-kata ni ringkas je, tapi saja nak ulas panjang sikit, baru nampak hebat post ni, haha J tadi mystery tertengok Malaysia Hari Ini kat tv3, dia temu ramah seorang artist atau juru seni atau  lebih tepat lagi pelukis. Pelukis ni melukis lukisan. Ye la tak kan lukisan yang lukis dia lak... tapi lukisan dia ni pelik dan ada makna tersirat mengenai kes penjualan barang dan harganya.. jadi aku pon mentafsirkan lukisan tu dan dapat la mesej yang ingin si pelukis ni sampaikan. Kalau korang perasan la yer, bile tiba je musim yang bukan musim bunga atau musim luruh iaitu musim perayaan dan musim-musim lain, maka para penjual yang kaya raya ni mulalah menawarkan harga yang murah yang tak penah terpikir dek akal ayam, akal manusia dah kompem terpikir bende ni awal-awal..

Yang bab diskaun tu memang la korang perasan, tapi korang mesti lebih perasan mengenai kekayaan si penjual yang berkali ganda lebih kaya waktu hari perayaan berbanding hari biasa, walaupon diorang bagi diskaun sampai 70%. Mak oih baju yang harga seratus pon korang boleh pakai dengan hanya 25 ringgit.. bestkan kalau camtu setiap hari. Tapi korang baik jangan beli baju tu sebab....


Sebab baju tu sebenarnye tak lah mahal camtu, cume harganya saja yang dibuat mahal dan dilakonkan untuk jadi murah balik dengan letak diskaun. Padahal harga selepas diskaun dengan harga dia yang sebenar-benar-benarnya tak lah jauh sangat.. sebab tu diorang tak rugi-rugi sampai la ni... tapi baju yang didiskaun tu nampak cantik lagi kan.. cube korang bayangkan yang korang ni orang asli, pastu korang jumpe baju kulit harimau, kompem kompem masyarakat orang asli akan cakap tu baju paling cantik, tapi bila korang pakai baju kulit rimau tu kat dunia luar cam Bandar KL, kompem gak lah orang KL akan cakap yang baju korang tu ‘cantik’.. camtu gak la baju yang didiskaun tu, baju tu dah tak laku kat Negara si pencipta baju...

So, itulah salah satu teknik berniaga yang licik... sampai aku pon beli baju tu, yer la murah.. buat apa bazir duit beli mahal-mahal tapi pakai beberapa taun jer pastu rosak.. yer dak?! Baik beli yang bundle, lagi murah, berjenama lak tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...