Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

March 19, 2011

Bila ajak solat macam ajak jalan

Khamis, 29 Februari 2011

Mak : abang, adik, cepat siap! Dah nak pukul 2 dah ni. Nanti jem lak jalan tu..
Abang : baik mak!
Mak : (mak memang baik, hehe) adik ni macam malas jer. Nak pegi Giant ke tak nak??
Adik : hmmm...
Mak : nak ke tak nak?? Ke malas.. kalau malas duk rumah je la..
Adik : hmm... (dengan muka berekspresi malas dan badan yang mengengsot kat dinding)...
Abang : ok mak. Dah siap. Jom pegi!!
Mak : err, abang, adik tak nak pegi la. Kita pegi berdua je la yer. Adik dok rumah elok-elok yer..

Jumaat, 1 Mac 2011

Mak : abang, adik, cepat siap! Nak pukul satu setengah dah.. zohor pon dah nak masuk ni...
Abang : baik mak...
Mak : (sekali lagi mak memang baik) adik nak pergi solat jumaat tak??
Adik : hm...
Mak : nak ke tak nak?? Ke malas.. kalau malas duk rumah je la..
Adik : hmm... (sekali lagi dengan muka berekspresi malas dan badan yang mengengsot kat dinding)...
Abang : mak, dah siap. Jom pegi..
Mak : er abang, ingat kan adik nak pergi tadi, rupanye adik tak nak. Kalau adik pegi boleh la mak hantar pegi masjid..



.........................................................cerita tamat...................................................

Ha tu la dia kisah nya.. kena tak kisah tu ngan tajuk kat atas tu?? Ni la sebahagian manusia yang dah tak tau mana satu yang lagi baik untuk dia.. sepatut nya waktu kecik la kita kene didik anak-anak kita solat. Rasulullah pon suroh pukul anak 10 tahun yang tak solat... satu lagi, mak tu boleh lak pegi Giant walaupon adik tak nak pegi. Tapi bila nak solat jumaat, mak tak leh lak nak tolong hantar si abang sebab adik tak nak pegi.... L

So, kepada mak-mak dan bakal mak serta bapak dan bakal bapak yang baca post ni, ambik la apa yang patut diambil...

*cerita tiada kaitan antara hidup dan yang hampir mati mahupon yang dah jadi mayat....

4 comments:

  1. ayat last tu..
    macam ayat mr.HAMKA kereta mayat..
    ngeeE~~

    ReplyDelete
  2. haha.. tak tau lak sama..
    ak pon baca blog dia, best gak

    ReplyDelete
  3. hmm..patut la..
    gaya penulisan mcm nak same..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...