Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

February 17, 2011

Hari Kekasih vs Maulidur Rasul


Kemunculan Valentine’s Day atau Hari Kekasih pada 14 Februari yang lalu iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut Maulidur Rasul atau hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pada 15 Februari(mengikut tahun hijrah pada 12 Rabiul awal)memberi satu significant atau significant dalam bahasa melayunya(carilah sendiri, haha). Kalau kita fikir balik, bukanlah satu kebetulan kedua-dua tarikh tersebut berselang hanya sehari, bahkan kita boleh kaitkan kedua-dua peristiwa sebagai pengajaran yang berguna. What is this??? Ade ke perkara yang baik-baik waktu orang sambut valentine, lagi teruk adalah. Mana boleh kaitkan valentine ngan maulidur rasul… haha memangla, tak suruh pon sambut maulidur rasul cara valentine( aku pon pening ape yang aku tulis ni)
Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari ‘Valentine’ ini.
Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’
Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang ‘martyr’ bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Masyarakat Rom juga meraikan Hari ‘Valentine’ pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.
Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.
‘Valentine’ adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari ‘Valentine’. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.
Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam . haha ape-apa je lah diorang ni…
Ingatlah, Allah tak pernah menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Memang benar kan haram sambut valentine day tapi bukanlah sesuatu yang haram kalau kita nak ingat hari ‘kekasih Allah’ lahir ke atas dunia ni. Jika orang lain menyambut valentine day dengan memperingati pasangan masing-masing sambil menunjukkan rasa cinta mereka kepada kekasih-kekasih mereka dan perkara-perkara lain yang yang tak boleh buat diorang buat, kita pulak umat Islam sambut maulidur Rasul dengan cara berarak sambil berselawat keatas baginda Rasulullah s.a.w.
Mystery just nak kaitkan valentine day yang orang melayu panggil hari kekasih dengan maulidur Rasul. Kedua-dua ada kekasih. Tapi Maulidur Rasul kita raikan kelahiran kekasih Allah yang sangat kita cintai, Nabi Muhammad s.a.w. Kalau kita tengok sejarah, waktu kelahiran Nabi Muhammad, semua orang bergembira termasuk orang yang paling benci kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda dilantik menjadi rasul iaitu Abu Lahab. Abu Lahab yang merupakan bapa saudara nabi antara orang yang paling gembira menyambut kelahiran baginda walaupun dia akhirnya membenci nabi kerana ajaran yang di bawa oleh Rasulullah. Jadi tak salah nak sambut hari kekasih, tapi hari kekasih yang tak salah disambut ialah hari kelahiran kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. So, jom la kita raikan kekasih kita rasulullah s.a.w yang tiada cinta melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya!
Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,
“Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya.”
Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berkata
,”Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri.” Dan Sayyidina ‘Umar berkata,”Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...