Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

March 14, 2011

Lesson memandu

Hey en mystery, kau salah eja la tajuk kat atas tu! Bukan lesson la, lesen.. haha, thanks la sape yang tolong betulkan yea, tapi memang en mystery saja je nak letak nama camtu pon.. lesson atau bahasa ibundanya bermaksod pelajaran, kan kan?? J pelajaran memandu ni memang menyeronokkan (seronok kalau kita boleh bawak kete tu la) dan agak membosankan bila kita dah pandai tapi kene blajar gak. Haha memang leceh... tapi semua tu dah tak bermakna lagi bila korang dah dapat lesen P nanti kan?! So mystery bukan nak cite pasal lesen, bentuk lesen, warna lesen mahupon dah dapat lesen ke belom, tapi mystery nak simpan post ni untuk kegunaan masa depan mystery. So, kalau korang tak nak baca pon tak pe, sebab aku tulis bukan la nak suruh sangat korang baca, Cuma nak suroh aku amik pelajaran dan tindakan serta bila aku ada kemampuan nanti serta sebagai peringatan kepada insan yang sentiasa lupa cam orang yang selalu lupa... J


Dalam banyak-banyak ujian yang dicipta manusia, ujian apa yang paling susah?? Mystery jawab: ujian memandu la!! Nape lak??? Ye la, Kalau SPM 80% dah kira A. Tapi kalau ujian memandu bahagian 3 tu, dapat bawah 80% dah gagal apatah lagi nak A. Nampak tak, susah kan... tu la mystery dah cakap dah. Ujian memandu memang susah. Terutama waktu ujian computer. Kalau kat sekolah dulu, dapat 45 per 50 kira paling top la kat sekolah. Tapi bila time ujian computer, markah 45 pon dah gagal L .

Jadi nak bagi isi kandungan post ni tak lari dari tajuk, mystery nak cite la sikit pasal kronologi atau plot atau jalan cerita lesson memandu ni dari awal sampai kita berjaya dapat lesen P. Jadi mula-mula bukan nye pergi kursus KPP( kurikulum pendidikan pemandu) tapi mula-mula kita kena la bayar dulu.! Haha, kat dunia ni  mana ada yang free. J lepas kursus tu, kita kena gi ujian computer. Lepas dah lulus, pegi bengkel dan amali 6 jam. Lepas tu dapat L. Pastu belajar 8 jam. Pastu pra-test. Pastu ujian JPJ. Pastu dapat la P, Yea!!

Tapi kita perasan tak satu bende ni, kalau kita gagal dalam mana-mana ujian memandu (termasuk computer dan segala ujian yg ada) tu, kita tetap boleh ulang atau orang kampong panggil re-test. Sebab kalau tak retest, kita tak boleh dapat lesen. So, sape-sape yang gagal nak tak nak kene la retest. Walaupon retest kene bayar lebih sikit...

Begitu la juga kehidupan kita kat atas dunia yang sementara ni. Awal-awal lagi sebelum kita lahir, kita dah bayar kat Allah iaitu dengan mengaku Allah adalah tuhan, tiada tuhan selain Allah. Pastu semasa proses kita membesar, kita diberi pendidikan nak bagitau mana betol dan mana yang salah. Pastu kita diuji oleh Allah dengan bermacam-macam bende. Kalau kita berjaya harungi ujian tu, Alhamdulillah, bertambah iman kita. Tapi kalau kita gagal?? Ha kalau gagal ujian memandu boleh retest(baik tol JPJ), Allah lagi baik dari JPJ tu. Kalau kita gagal semasa diuji kat dunia ni, Allah suruh kita bayar dengan taubat jer. Malah lepas bertaubat, kita tak yah nak ulang balik ujian tu. Tak macam JPJ, dah bayar kene ulang balik.. L

Satu lagi dalam skema ujian memandu, ada kesalahan mandatori, iaitu kalau kita buat je kesalahan mandatori tu, kita dikira gagal sekali gus. Macam tu gak kehidupan kita, kalau kita tinggal solat, kira gagal la rukun Islam kita. Baik tobat cepat!! Pastu re-solat!!

So, itulah dia cerita pasal lesson memandu ni. Kat mana-mana dan apa-apa saje kita boleh kaitkan dalam kehidupan kita. Jadi amikla iktibar tentang apa yang kita lalui dalam hidup kita. Kalau dalam karangan ada isi tersurat dan tersirat, dalam kehidupan pon camtu.... Allah lebih bijak dari orang yang paling bijak atas dunia ni!!

Catatan misteri: kalau korang perasan ada satu lagi kesalahan yang patut diberi hukuman tolak markah kalau tak buat waktu ujian JPJ tu. Korang tau kesalahan apa?? Haha tu la dia kesalahan tak baca doa naik kenderaan..... J

4 comments:

  1. jap..
    bukan ke lesson tu pengajaran..??
    bukan pelajaran..

    :)..

    part catatan misteri tuu..huhu..bgos2x!!

    ReplyDelete
  2. same2..
    he3..
    satu lagi..
    45 bukan ker dah lulus ujian kompter..??
    42 ke bawah baru gagal..
    tak g2..ker lain state lain grade..??
    hmmm..

    ReplyDelete
  3. oh x perasan... thanks betolkan.. memang prihatin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...