Hey en mystery, kau salah eja la tajuk kat atas tu! Bukan lesson la, lesen.. haha, thanks la sape yang tolong betulkan yea, tapi memang en mystery saja je nak letak nama camtu pon.. lesson atau bahasa ibundanya bermaksod pelajaran, kan kan?? J pelajaran memandu ni memang menyeronokkan (seronok kalau kita boleh bawak kete tu la) dan agak membosankan bila kita dah pandai tapi kene blajar gak. Haha memang leceh... tapi semua tu dah tak bermakna lagi bila korang dah dapat lesen P nanti kan?! So mystery bukan nak cite pasal lesen, bentuk lesen, warna lesen mahupon dah dapat lesen ke belom, tapi mystery nak simpan post ni untuk kegunaan masa depan mystery. So, kalau korang tak nak baca pon tak pe, sebab aku tulis bukan la nak suruh sangat korang baca, Cuma nak suroh aku amik pelajaran dan tindakan serta bila aku ada kemampuan nanti serta sebagai peringatan kepada insan yang sentiasa lupa cam orang yang selalu lupa... J
Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!
Showing posts with label way of life. Show all posts
Showing posts with label way of life. Show all posts
March 14, 2011
February 24, 2011
Piala Suzuki AFF
Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menjadi juara Piala Suzuki AFF berapa lama yang lalu. Dalam banyak-banyak tahun dan pasukan yang bertukar, akhirnya anak didik jurulatih K. Rajagobal ini berjaya membawa pulang Piala yang sudah lama diidam-idamkan oleh diorang ni. Setelah melalui banyak konflik dalam arena bola sepak kebangsaan termasuklah konflik dalaman FAM, akhirnya mereka berjaya membuktikan slogan “Malaysia Boleh!”. Haha ayat yang skema untuk mukaddimah.....
Tapi apa yang lebih menarik bukan saja piala dan kemenangan yang diorang kecapi, tapi juga ganjaran yang orang melayu kata sebagai durian runtuh! Apelah, durian pon boleh runtuh, heh~ Pelbagai ganjaran yang pemain-pemain ni dapat, tak yah la mystery nak cite panjang-panjang sebab korang pond ah tau kan. Ada yang dapat rumah, ada gak yang dapat duit, bukan sikit, 5000 tuh... banyak tu. Pasukan ni gak dapat hadiah satu juta, fuyoo, kaya tu...
category:
way of life
February 17, 2011
Hari Kekasih vs Maulidur Rasul
Kemunculan Valentine’s Day atau Hari Kekasih pada 14 Februari yang lalu iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut Maulidur Rasul atau hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pada 15 Februari(mengikut tahun hijrah pada 12 Rabiul awal)memberi satu significant atau significant dalam bahasa melayunya(carilah sendiri, haha). Kalau kita fikir balik, bukanlah satu kebetulan kedua-dua tarikh tersebut berselang hanya sehari, bahkan kita boleh kaitkan kedua-dua peristiwa sebagai pengajaran yang berguna. What is this??? Ade ke perkara yang baik-baik waktu orang sambut valentine, lagi teruk adalah. Mana boleh kaitkan valentine ngan maulidur rasul… haha memangla, tak suruh pon sambut maulidur rasul cara valentine( aku pon pening ape yang aku tulis ni)
Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari ‘Valentine’ ini.
category:
way of life
February 15, 2011
Maulidur Rasul
15 Februari 2011, masyarakat Islam di Malaysia sekali lagi menyambut Maulidur Rasul atau hari kelahiran rasul junjungan, Muhammad s.a.w. Rasulullah dilahirkan atas muka bumi ini sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan menyeru umat Islam untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah. (ayat kt atas ni ak tiru jek, huhuJ...)
Masyarakat Islam di Malaysia seperti tahun-tahun sebelumnya macam biasa la, berarak keliling jalan raya sambil bawak banner dan berselawat ke atas baginda Rasulullah. Ada gak ceramah agama, nasyid dan sebagainya yang dianjurkan oleh kerajaan kita ni sebagai cara nak tunjuk cinta kepada Rasulullah. Bagus tol diorang ni kan. Korang jangan salah sangka lak, orang yang duk blakang-blakang dalam barisan perarakan tu bukannye berborak kosong, tapi diorang tengah cerita tentang Rasulullah dan camne nak sebarkan syiar Islam nih! (husnu zonJ).
category:
way of life
Subscribe to:
Posts (Atom)


