Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

March 23, 2011

Nak padamkan api??

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk....

So, sebagai post yang pertama bagi kategori motivasi ni, sama-sama la kita lihat cerita kat bawah ni..

Alkisah pada suatu hari Raja Nazim ingin mencari seorang pahlawan yang mampu membebaskan anak perempuannya dari cengkaman lanun tasik di tasik Onmu.. maka pergi la perdana menteri Bijan ke tengah-tengah negaranya, negara Ais Yalam Utas. Menjeritlah perdana menteri Bijan seperti berikut: “wahai penduduk negeri Ais Yalam Utas, Raja Nazim ingin mencari seorang pahlawan yang berani untuk menyelamatkan anak perempuannya dari cengkaman si lanun tasik. sesiapa yang berjaya menyelamatkan anak perempuan Raja Nazim, maka dia akan dijadikan menantu Raja Nazim!, hahaha..”

Lantas semua penduduk negeri Ais Yalam Utas terus menyiapkan diri masing-masing. Ada yang belajar ninja, kung fu, tae kwan do, silat gayung dan tak kurang gak yang belajar yoga. Tetapi di hujung kampong ni ada seorang pemuda yang bernama Nidiy Hum yang miskin dan badannya tak menunjukkan ciri-ciri kekuatan langsung, mandorm la katakan. Nidiy Hum pon ada gak perasaan kat si anak Raja Nazim ni, maka dia pon pergi la cari seorang guru yang boleh ajar dia menentang si lanun tu. Nidiy Hum pon bembelek-belek la internet nak cari pasal guru yang paling handal nak lawan si lanun tu. Akhirnya dia pon tak jumpa guru yang paling sesuai untuk dia menuntut ilmu kepahlawanan.. so dia pon fikir la dengan akal yang telah dianugerahkan oleh Allah ni. Maka dia pon dapat satu idea...

Pergi la si Nidiy Hum ni ke sebuah tasik yang bernama tasik Sap. Di tasik Sap ni ada juga kumpulan lanun yang sama kekuatannya seperti kekuatan si lanun tasik Onmu.. maka Nadiy Hum berkata kepada ketua lanun tasik Sap: “wahai panglima Rawna, aku ingin belajar dari ko macamana nak lawan lanun tasik Onmu!”

Panglima Rawna: hahahaha(gelak jahat), ko nak jadi lawan lanun? Pergi mangkat la!

Nidiy Hum: tolong la panglima Rawna, hamba dah sedia ni.

Panglima Rawna: kalau begitu, kau boleh jalan ke hadapan sehingga ko jumpa satu gua...hahaha!

Maka pergi la Nidiy Hum ke gua tersebut. Sebaik saja Nidiy Hum melangkah masuk ke gua tersebut, sebatang anak panah menuju tepat ke dada Nidiy Hum. Tercucuk la dada Nidiy Hum dengan anak panah tersebut. Tapi dia tak putus asa, Nidiy Hum teruskan perjalanan dan jumpa lak dengan singa. Berlawan la Nidiy Hum dengan singa tu. Hilang la satu tangannya. Pastu , Nidiy Hum berhadapan ngan seekor buaya.dan dia kalah lagi... dia pond ah tak tahan lagi. Maka dia mintak kat panglima untuk berhentikan latihan ni... tapi berkatalah si panglima : “ko tak yah berenti, sebab latihan ko dah pon tamat...” Nidiy Hum masih terpinga-pinga dengan bentuk latihan tersebut. Sebelum dia meninggalkan si panglima, panglima itu memberikan dua keping daging sebagai bekalan semasa dia nak selamatkan anak perempuan raja nanti..

Maka tibalah harinya. Raja Nazim pon panggil la rakyatnya yang sedia nak lawan lanun Onmu. Maka sorang demi sorang pahlawan ninja, kung fu, tae kwan do, silat dan yoga mangkat di tewaskan oleh lanun Onmu. Jadi tinggallah Nidiy Hum seorang. Dia hanya membawa dua keping daging lembu sahaja. Dia pon tak tau nak buat apa ngan daging tersebut. Maka Nidiy Hum pon masuk ke gua persembunyian lanun Onmu dengan menunduk. Dan dia selamat dari anak panah iaitu halangan pertama. Seterusnya dia jumpa ngan singa, so dia pon bagi singa satu keping daging. Selamatlah dia. Kemudian dia jumpa ngan buaya, maka dia pon bagi lagi sekeping daging. Dan dia pon selamat dari buaya tu. Akhirnya Nidiy Hum berjaya menyelamatkan anak perempuan Raja Nazim tanpa disangka oleh lanun tasik Onmu. Maka fahamlah Nidiy Hum mengapa dia diberi dua keping daging tempoh hari....

Walaupon Nidiy Hum telah kehilangan tangan nya, tapi dia berjaya menyelamatkan anak raja. Maka berkahwinlah dia dengan anak raja sehari sebelum dia meninggal dunia. Namun dia sempat menyambung keturunannya dengan si anak raja tersebut...

.........................................cerita tamat.......................................

So itulah kisahnya. Macam kita nak padam api, kita kena tau apa yang ada dengan api tu. Dan setelah kita tau yang api menggunakan oksigen untuk membakar, maka kita tak kan guna air langsung. Sebab air walaupon memadamkan api, tapi lambat, sebab air ada oksigen. Sebab tu adanya pemadam api debu dan pemadam api karbon dioksida.....

So pengajarannya, kalau kita nak tewaskan sesuatu tu, kita kena faham dulu apa yang ada disebalik sesuatu.. macamtu la orang kafir boleh berjaya rosakkan umat islam sebab adanya orientalis yang belajar Islam untuk menhancurkan Islam. Bila dia dah tau apa tu Islam, senang la diorang nak rancang nak sesatkan umat Islam.

*Jap korang paham tak apa yang aku tulis nie??? Hehe J

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...