Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

February 24, 2011

Piala Suzuki AFF

Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menjadi juara Piala Suzuki AFF berapa lama yang lalu. Dalam banyak-banyak tahun dan pasukan yang bertukar, akhirnya anak didik jurulatih K. Rajagobal ini berjaya membawa pulang Piala yang sudah lama diidam-idamkan oleh diorang ni. Setelah melalui banyak konflik dalam arena bola sepak kebangsaan termasuklah konflik dalaman FAM, akhirnya mereka berjaya membuktikan slogan “Malaysia Boleh!”. Haha ayat yang skema untuk mukaddimah.....

Tapi apa yang lebih menarik bukan saja piala dan kemenangan yang diorang kecapi, tapi juga ganjaran yang orang melayu kata sebagai durian runtuh! Apelah, durian pon boleh runtuh, heh~ Pelbagai ganjaran yang pemain-pemain ni dapat, tak yah la mystery nak cite panjang-panjang sebab korang pond ah tau kan. Ada yang dapat rumah, ada gak yang dapat duit, bukan sikit, 5000 tuh... banyak tu. Pasukan ni gak dapat hadiah satu juta, fuyoo, kaya tu...


But apa yang penting bukan ganjaran, tapi kemenangan yang diorang bawak untuk mengharumkan nama Negara walaupon diorang tak bawak minyak wangi time main haritu. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Malaysia, teruskan semangat yang korang ada..

*catatan/misteri: Dalam perjalanan Negara kita Malaysia menuju wawasan 2020, jurang pendapatan antara orang kaya ngan orang tak berapa kaya adalah salah satu factor yang boleh menghalang tercapainya wawasan tersebut. Mungkin kita sekarang ni susah nak tengok orang lain bagi duit yang banyak camtu kat orang miskin. Malah kalau korang perasan bila tiba kat orang miskin, maka muncullah kat skrin tv “ sesiapa yang prihatin boleh menghulurkan bantuan melalui akaun maybank: 1234567890.....” kalau camtu lah, mungkin kita nanti kena buat satu pertandingan ‘Akedemi Makhluk Paling Miskin’ atau Anugerah Miskin Popular dan juaranya akan dapat satu juta.. huhu best gak cadangan ni. Boleh lah kita tengok orang tak berapa kaya jadi kaya(just cadangan). Tapi mungkin gak diorang bagi bantuan secara senyap, sebab ikhlas mana leh tunjuk-tunjauk kan. J

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...