Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

February 28, 2011

Kisah si kotak rokok

Comelkan kotak rokok di atas tu J. Haha entah nape tiba-tiba rasa nak tulis pasal kotak rokok yang unik ni. Penah tak korang memancing dengan syarat korang jadi mata kailnya, ataupon penah tak korang naik basikal dengan syarat mengayuh dalam air, ataupon makan nasi berkuahkan air kencing tikus ker??.. haha kalau korang tak penah buat demikian, korang penah tak hisap rokok yang kotaknya ada gambar seperti di atas tuh.. kalau korang penah maksudnya sama je la ngan korang makan nasi berkuahkan kencing tikus tu,haha... J

Inilah yang dikatakan ‘kebijaksanaan’ kepala otak manusia, diorang berfikir out of the box... orang yang merokok ni cakap “aku hisap rokok dia, bukan hisap kotak”..( korang pon perasan gambar tu ada kat kotak rokok tu jer, bukan kat batang rokok tu) mungkin satu hari nanti kena letak gambar bahaya rokok tu kat batang rokok tu lak kot..hehe. tak terang terang hisap rokok ni bunuh diri jer, baik korang stop sekarang.

Dalam ‘kita’ sibuk-sibuk nak suruh orang berhenti merokok,
sambil buat promosi katakan TAK NAK kepada rokok!!!, dan dalam ‘kita’ duk burukkan orang yang merokok nih, ‘kita’ tak sedar pon yang ‘kita’ pon terlibat secara langsung dalam membantu diorang ni merokok.. ye la memang bagus la kan wat camtu, letak gambar akibat merokok, tetapkan harga rokok mahal-mahal, wat kempen, cipta rokok elektronik yang tak bahaya, buat ubat berenti merokok. Usaha camtu memang patut dipuji, dan jangan lak korang nak pangkah pihak-pihak yang wat usaha yang murni ni. Niat diorang ni baik nak bantu si perokok berenti merokok. Tapi ada sometime kita pikir cube diorang ni tak yah jual rokok, kan senang. Bile tak de rokok yang dijual, so takde la orang nak hisap rokok kan?!. Haha memang betol pon apa yang korang cakap tu, cume bila korang pikir balik cube korang suruh orang kapir tu peluk Islam sekarang gak atau pon korang cuba jadi perdana menteri esok, kompem korang tak leh buat. Sebab sesuatu perkara yang kita nak buat ni mesti ada perancangan, tak leh sekali gus. Macam pepatah melayu kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

Tapi saya berharap suatu hari nanti tak yah jual rokok langsung, kan senang... berapa lama lagi usaha-usaha diatas ingin diteruskan kalau usaha yang terakhir ni kita tak nak ambik.. jangan jadikan kempen nak berenti merokok just satu yang sia-sia sekiranya ‘kita’ takut nak hentikan jualan barang yang membawa banyak keuntungan kepada negara ni... J



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...