Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

February 28, 2011

Madu oh madu

Hari ni huruf M terpilih untuk jadi huruf pertama untuk tajuk post ni. Tahniah la kepada sape-sape yang namanya bermula huruf m termasuklah mystery.. huhu. Jadi ape cite ngan madu ni?? Madu ni bukanla ‘bermadu’ tapi memang betul-betul madu yang boleh dimakan yang dibawa oleh lebah ke dalam sarangnya tu mavam dalam gambar diatas. Kisahnya bermula apabila ada sekumpulan peniaga madu lebah kat tepi-tepi jalan raya. Bila cakap pasal berniaga, maka adalah macam-macam strategi yang depa buat nak majukan perniagaan diorang tu. Ada yang tampal banner buatan tangan kat gerai diorang dengan tulisan seperti ‘madu ori, beli jangan tak beli!’, ‘memang ori!’, ‘perisa asli dan sebenar’, ‘diambil dari lebah belakang rumah saya pagi tadi, fresh lagi, nasib baik tak kena gigit’ dan macam-macam lagi la cara si peniaga-peniaga ni nak promote kedai dan madu diorang tu.

Tiba-tiba terdengar satu suara yang cakap camni: “alah, diorang ni cakap je asli, padahal tak asli pon. Aku dah banyak kali kene mainan dan tipu daya mereka ni, dah serik aku.” Sorang lagi menambah: “tengok pon dah tau, murah! Mana ada madu asli yang murah...” ha inilah dia kisah madu oh madu yang aku cbe nak sampaikan kat korang. Tapi tak abis lagi tau, sila baca perenggan seterusnya..

Korang leh lah anggap post kali ni ada kaitan ngan jualan murah 50% hari tu.. post ni pon mengenai strategi yang penjual guna nak menjual.. haha jangan lak kata blog ni blog memperjuangkan hak pengguna.. J cuba korang bayangkan, tutup mata dan cuba bayangkan. Kenapa kedai yang jual barang ngan harga mahal tetap boleh hidup sampai sekarang walaupon kita tengok kedai yang jual murah macam lebih banyak pelanggannya. Contohnya macam kat Bandar-bandar besar, kedai mahal tetap menjadi choice daripada kedai-kedai low class ni. Barang yang dijual sama, harga je lain... satu mentaliti si pengguna cam kita ni ialah menganggap barang yang mahal harganya lebih tinggi kualitinya.. dan ramai orang yang masih beranggapan camtu. Maka untunglah si peniaga bila diorang boleh gunakan kelebihan mentality pengguna yang susah nak ubah ni, terutamanya orang kaya. Sori yer sapa yang kaya tu...

Cam peniaga madu, bila diorang tau yang orang kaya ni kalau nak beli barang nak yang mahal-mahal jer, so diorang akan jual madu tak ori yang ada banyak kat diorang dengan harga mahal tapi diorang jual madu ori yang ada satu jer tu dengan harga murah. Pastu diorang kata yang madu tak ori tu ori dan sebaliknya. Maka orang kaya-kaya ni pon beli la dengan senang hatinya madu tak ori tu dengan harga madu ori. Pastu tergelaklah penjual tu dalam hati diorang sebab kalau gelak kat mulut kantoi la kerja diorang nanti... maka bertambah kaya la si peniaga dan bertambah rugilah si orang kaya...
Catatan/misteri: so, kalau nak beli barang, belilah dengan bijak. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK. Pesanan daripada kementerian perdangangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

*ni cerita rekaan jer , dan orang paling bijak ialah orang yang ingat mati.. J

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...