Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

April 4, 2011

Mereka perlu agama...

Bende ni dah lama, Cuma tak ingat lak nak tulis kat sini.. cite nye camni, waktu aku gi kursus memandu tak berapa lama aritu, Allah telah menemukan aku dengan seorang pemuda ni. Nama dia...(misteri, tak leh bagitau..) aku pon tegur la dia(actually dia yang tegur aku dulu..).. Tanya sape nama, sekolah kat mana??? And so on. Aku pon jawab la nama aku en mystery (bukan nama sebenar...), sekolah kat sekolah misteri yang terletak di Bandar misteri (bukan nama sebenar gak, anyway dia pon tak tau ada nya sekolah tu. Rupanya tak lah famous sangat sekolah aku tu, bajet jer, hik3). Pastu time rehat, kitorang pon rehat sesame. Kitorang pon terus jadi kawan..


Haha yang atas tu tak penting pon.. lama-lama dia pon tetiba meluahkan sesuatu kepada aku, macam ni labih kurang maksudnya.. (yang ni penting kot)

Kawan : mystery, ko penah kapel (dalam English  kitorang eja couple) tak???

Mystery : tak.. tak penah, nape?? Kalau orang yang nak kapel ngan aku adelah (bajet..)

Kawan : owh ye ker?.. baik kan ko.. susah nak cari kawan cam ko.. (tetiba aku rasa aku ni baik.. baik gak kan, hehe) susah nak cari orang sekolah agama yang betul-betul amalkan apa yang diorang belajar waktu kat sekolah dulu

Mystery :  betul2.. memang  susah nak cari orang yang betul-betul istiqamah ni..(terasa gak aku.. korang tak terasa ker??)

Kawan : aku penah gak kapel dulu.. siap bagi hadiah lagi...tapi aku dah menyesal la...

Mystery : oo.. ustaz aku penah kata, kalau orang bagi hadiah amik jer, tapi tak yah bagi return gift request(ayat cityville)

Kawan : ko nak tau tak?! (nak! Aku jawab dalam hati..) aku dulu sekolah kat ......... . waktu kat sini, aku tinggal ngan kawan aku kat rumah flet sebab mak ayah aku kerja.. pada suatu hari, ada kawan-kawan sesekolah aku wat pertandingan shuffle kat flat tu.. sebab aku kawan ngan dak2 baik, so aku tak join la pertandingan shuffle kat bawah tu.. tapi kan pertandingan tu campur laki pompuan, lagi la aku tak nak. Tapi malam tu ada la sorang kawan perempuan kat sekolah aku ketuk pintu rumah flet kitorang, cakap nak masuk.. tapi aku wat tak tau je la.. then kawan-kawan aku yang lain cakap bukak je la pintu tu. So aku pon bukak la.. dan tanpa aku sedari aku telah tidur ngan dak pompuan tu, bila aku tengok sebelah aku, sume kawan-kawan aku ada pasangan masing-masing.

Mystery : .... (mulut ku dah tak terkata.. hanya Allah yang tau)

Kawan : tapi kan, aku tak buat apa-apa ngan pompuan tu.. aku just rasa dia jer.. pegang-pegang jer... ko rasa aku ada peluang lagi tak nak bertaubat. Agaknya boleh ke aku masuk syurga??

Mystery : jangan risau, pintu taubat tak pernah tertutup.... Allah sentiasa sudi menerima taubat hambanya..

Kawan : sebab aku ada dengar cerita yang seorang penzina bagi minum kat anjing dan akhirnya dia masuk syurga...

Mystery : betul2.. kisah tu menunjukkan betapa rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi kemurkaan Allah.. kita tak penah terlewat nak bertaubat..

Kawan : dan aku sedar kenapa Allah bagi kawan aku semua yang baik-baik.. rupanya Dia nak aku berubah dan jadi baik... hrmm...

Aku tamatkan cita tu kat sini jer.. sebanarnya panjang lagi cita dia, tapi sape yang nak baca panjang-panjang kan?? Lepas kawan baru aku tu pergi, aku pon mula bermonolog...

Masih ada yang kat luar sana yang mencari-cari agama.. yang masih ada dalam hati mereka apa itu Islam? Mereka rosak bukan sebab mereka saja-saja nak rosak, tapi sebab diorang tak jumpa si mekanik yang boleh betulkan kerosakan..

Aku pon tersedar, banyak lagi yang perlu kita buat.. dan aku sedar, Allah kalau nak bagi hidayah, kat sape-sape pon dia boleh bagi. Dan aku sedar, Allah masih sayangkan aku, Allah jauhkan aku dari perkara maksiat camtu, tapi aku susah nak ingat kat Allah.. teruknya aku....

Kalau kita perasan, masyarakat sekarang ni dah rosak, iman dah lusuh... setiap hari aku dengar perkataan “dunia dah nak kiamat”,dan memang betol pon dunia ni nak kiamat, Rasulullah dah cakap dah pon...  tapi rupanya iman kita dah pon kiamat... tapi kita boleh hidupkan balik iman kita tu kalau kita sedar dan kalau kita nak...

Setiap hari ada jer masalah social kat dunia ni, baik yang ada kat akhbar mahupon yang kita tak tau.. setiap hari semakin banyak laporan tentang masalah social, semakin banyak tangkapan dibuat, semakin banyak kes diadili di muka pengadilan, semakin banyak mesyuarat bincang camne nak selesaikan perkara ni, semakin banyak usul dan idea yang datang, tapi malangnya tak banyak pelaksanaan yang dilaksanakan.. orang kita semakin pandai berkata-kata, tapi semakin bodoh dalam tindakan kita... konon glokal, berfikiran global, bertindak local. Dan sampai sekarang kita bertindak dengan cara kita(local), iaitu susah nak bertindak, kalau buat kerja pon benda yang sama, takut nak amik risiko... sepatutnya kita jadi lobal, fikir cara kita, bertindak macam orang antarabangsa (pelbagai cara).. tak gitu??

Orang kata nak jadi pemimpin mesti pandai cakap.. tapi aku rasa tak. Orang white kata : “Action speak louder than words”.. sekarang, aku hanya mampu berkata-kata kerana kuasa aku hanya untuk berkata. Sekiranya diizinkan Allah, sama-sama la kita buktikan apa yang kita kata bila kita dah ada kemampuan kelak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...