Assalamualaikum dan selamat datang ke tristop
Anda dipersilakan untuk baca bismillah sebelum baca kandungan dalam blog ni!!

April 6, 2011

[Mitos] marah tanda sayang

Wah3, sedapnya marah orang... ada ker dalil yang membenarkan kita marah kat orang?? Kalau ada tolong tulis kat bawah nih yer.. cube korang bayangkan situasi dibawah ni...

Korang bengang tak kalau ada orang marah kat korang sebab korang tak tau lak tak leh wat benda tu..
Korang bengang tak kalau ada orang marah kat korang sebab korang buat salah...
Korang bengang tak kalau ada orang marah kat korang sebab korang asik buat benda yang salah...
Korang bengang tak kalau ada orang marah kat korang sebab korang tak buat salah..
Korang bengang tak kalau kene marah???

Haha saje tulis banyak-banyak, tak de point... sape yang tak bengang kalau kena marah kan?? Sape je yang suka kena marah... baby pon menangis kalau kena marah, nikan orang dewasa..


Sebenarnya entri di bawah kategori mitos ni diinspirasikan dari cerita mythbuster kat channel discovery(astro channel 551 @ 554), bagi sape2 yang ada astro dia tau la, tupon kalau dia tengok.... cerita mythbuster ni tentang mencari kebenaran disebalik mitos yang wujud, best la gak cita dia.. diorang bukan stakat mencari, malah menguji mitos tu.. so mystery pon nak wat gak kat blog ni, mencari kebenaran mitos, haha J

So yang pertama, mitos ‘marah tanda sayang’. Adakah benar ungkapan yang kita selalu dengar ni?? Ataupon ungkapan ni saja diwujudkan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan saling marah-memarahi.. J haha lawak betulkan, kalau sayang kenapa marah?? Kalau difikirkan balik, memang ada kebenarannya, tapi sejauh mana kebetullannya. Entah, ni yang nak kaji ni..

Suatu hari ada si anak panjat pokok, pastu mak dia Nampak, mak dia pon marah si anak tu. “woi!! Kenapa kau panjat pokok nenas ni ha?! Ko nak mati ker??” marah si emak.. si anak pon cuak dengan emaknya lalu turunlah dia dari pokok tu.. tapi si anak turun dari pokok bukan sebab tak nak mati, tapi sebab takut kan si emak yang garang.. so bila si emak tu pergi, dia pon panjat balik.. tak gitu??

Ada seorang budak yang terkantoi mencuri, pastu si pengawas Nampak tapi gagal nak tangkap budak tu. Diikutkan perasaan, si pengawas marah budak tu semasa perjumpaan dengan semua pelajar, memang segan dan bengang la si pencuri.. maka si pencuri berazam nak balas dendam, maka mati la pengawas tu, ceh, tak de ke pengakhiran yang lebih baik sikit?, hehe J

Kenapa kalau marah kita disuruh kawal kemarahan kita?? Contohnya, amik wuduk, berzikir, solat, tidur dan macam-macam lagi cara nak kawal marah?? Sebab marah ni bukanlah perasaan yang baik, so marah bukanlah tanda sayang!! Yeah, macam yang mythbuster buat, kalau mitos tu disangkal, maka diorang akan kata : “myth busted!” haha. Nampaknya marah bukanlah tanda sayang....

Kenapa?? Abistu tak leh marah la yer?? Marah ada tempatnya..orang yang tengah marah ni memang setan suka sangat, ye la boleh memutuskan silaturrahim.. abistu, kalau marah bukan tanda sayang, apa yang menandakan sayang tu???

Haha senang jer, TEGUR TANDA SAYANG. Ye, tu baru betul.. orang yang sayangkan seseorang jer yang sanggup tegur orang tu.. sahabat yang tegur kita la sahabat yang sayangkan kita.. mak ayah tegur kita sebab sayangkan kita.. so, jangan marah2, tapi tegur la dengan hikmah! J

Balasan baik hindari marah. Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

“Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat.”
credit to dakwah.info

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...